Rumahku Syurgaku

Sunday, July 18, 2010


akhirnya aku dah pindah ke rumah sendirik...alhmadulillah umah bawah takyah sesusah kalau beli barang nak angkut berkali2 naik lif..anak2 pon syok sbb leh pegi main taman selalu okeh sblm nih main gak tapi kdang-kadang heheh ....

wokeh kat mana nak start cita nih...lepas ambik kunci biasa la buat la skit renovation lebih kurang ikut baget makcik ngan pakcik adi yg seciput untuk memberi sedikiiit lagi keselesaaan fuihh ayat tak leh blahh heheh...kasi pecah belakang yg memang sebesar tinggi aku jerk kan 5 kaki aku 5 kaki 2 inchi lebih la skit... kemendian tambah la bla-bla kat depan skit....pastu kabinet dapur ngan lemari bilik...tak masuk wiyering la bagai fuhhh peluh gak la ketiak....untung aku kat sinin kabinet dapur ngan lemari dapur abg arshd yg tolong buat jadik kos kurang la kan leh la dapat solid surface yang the vassss the vusss kalau kat kedai tak dapat la ye rega tuh ...


kat pintu pagar tuh banner kontraktor yg renovate umah aku nih...kalau ikutkan kena bayor tuh kat aku sewa gantung banner heheh

nih adi yer idea kengkonon nak ala-ala mesra sedikit2 jerk ngan jiran...adeh tak baikkan jiran aku bebaik semua tolong ambikkan baju dikala ujan waktu aku kat opis.
dapur....
kitchen kabinet lum siap lagi....

lemari belum attach pintu...
nih yg dah berpintu...
bilik kakak...


bilik adik

Read more...

Tujuan Blog

Wednesday, February 24, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tujuan diadakan blog ini adalah untuk memudahkan pengguna atau client CGSO memberi komen diatas isu-isu yang akan dibangkitkan dan membolehkan pihak CGSO sendiri menerangkan secara lebih terperinci tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh orang awam atau akhbar.

Sebelum membangunkan blog perlulah mempunyai Jawatankuasa Khas iaitu terdiri daripada

  • Jawatankuasa Induk
  • Jawatankuasa Teknikal
  • Jawatankuasa Kerja Pengurusan

Blog perlu mempunyai moderator dimana moderator ini berada dibawah Jawatankuasa Kerja Pengurusan. Tugas moderator ialah memasukkan isu-isu yang berkaitan dengan Jabatan dan menguruskan blok itu sendiri.

Read more...

Larangan Parkir di Kompleks D Putrajaya Atas Sebab Keselamatan

JABATAN Perdana Menteri merujuk kepada surat 'Pegawai Kerajaan', Putrajaya, melalui ruangan ini bertarikh 22 Februari 2010 bertajuk Atasi Masalah tempat letak kereta di Putrajaya.

Larangan parkir di Kompleks D, isu yang dibangkitkan oleh pengadu adalah merupakan arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan berdasarkan keputusan yang dicapai secara kolektif di antara semua kementerian/ jabatan/ agensi yang menghuni Kompleks D dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kompleks D. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan dan memperkasakan keselamatan perlindungan kompleks yang telah diisytihar sebagai Kawasan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan Tahun 1959 (Akta 298).


Tindakan ini bertujuan untuk menangani kesesakan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta aras basement di Kompleks D. Penguatkuasaan larangan masuk bagi kenderaan yang tidak memiliki pelekat khas ini perlu dilaksanakan untuk menyusun semula petak - petak parkir yang sedia ada.


Dalam masa yang sama pihak Bahagian Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan Jabatan Kerja Raya Putrajaya juga masih berusaha untuk menambah petak - petak parkir di ruang terbuka di sekitar aras tersebut.


Selain daripada itu, Jawatankuasa Penyelarasan Kompleks D bersama - sama pihak Perbadanan Putrajaya sentiasa berusaha untuk menambah petak - petak parkir di ruang terbuka di kawasan sekitar Kompleks D bagi memberi kemudahan kepada warga Kompleks D.


Untuk makluman, senario yang berlaku sekarang hanya sebanyak 1,392 petak parkir berbanding 6,000 kenderaan purata setiap hari. Oleh demikian ia telah mengundang pelbagai kesulitan termasuk masalah pengangkut sampah dan juga selekoh - selekoh yang diletakkan kenderaan sehingga boleh menyebabkan bahaya kepada pemandu apabila melalui laluan tersebut.


Di samping itu, pintu - pintu rintangan api, bilik - bilik kawalan dan janakuasa juga dihalang oleh kenderaan yang diparkir. Keadaan ini akan mendatangkan risiko dan menjejaskan keselamatan terutamanya apabila berhadapan dengan situasi kecemasan.


Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang menjalankan kajian sebelum perkhidmatan bas sekolah ini disediakan.


Walaupun begitu kemudahan kepada pelajar sekolah sememangnya telah disediakan oleh PPj sebelum ini. Misalnya di Presint 11, terdapat perkhidmatan khas bas dari kawasan kediaman ke Kompleks Sekolah Presint 11 (2). Bas NadiPutra juga disediakan untuk anak-anak penduduk Putrajaya dari Presint 9 ke sekolah di Presint 8 (1). Di samping itu, PPj juga menyediakan pas bulanan pada kadar RM10.00 sahaja untuk pelajar sekolah menggunakan perkhidmatan bas NadiPutra ini.


Manakala dari segi idea untuk menyediakan tempat letak kereta (TLK) bertingkat, perkara ini telah beberapa kali dijawab dalam aduan terdahulu.


Dari aspek pembangunan, adalah tidak relevan sekiranya seluruh penjawat awam disediakan TLK. Ini akan meningkatkan kos pembangunan sesuatu projek malah seolah-olah menggalakkan penjawat awam menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja yang akhirnya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak terkawal serta pencemaran udara yang kritikal.


Cadangan membangunkan semua kawasan lapang atau kawasan hijau yang terdapat di Putrajaya menjadi TLK adalah bercanggah dengan konsep perancangan pembangunan Putrajaya yang terkenal sebagai Bandaraya Dalam Taman. Pendekatan ini juga tidak selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang menghasratkan supaya Putrajaya dibangunkan secara mapan dan menjadi peneraju kepada teknologi hijau.


Oleh itu, bagi mengatasi masalah TLK ini, PPj telah meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam di mana bilangan bas sedia ada telah ditambah dari 70 buah kepada 150 buah secara berperingkat-peringkat sehingga pertengahan tahun 2010 ini. Sekiranya kakitangan kerajaan bersedia untuk menggunakan perkhidmatan ini, sudah pasti masalah kekurangan TLK dapat dikurangkan.

Sehubungan itu, penjawat awam dan pelawat ke Putrajaya perlulah bersama-sama merealisasikan harapan murni Perdana Menteri ini dengan mengubah gaya hidup melalui penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja.

NormaizatulAkmal Tujad

Pegawai Perhubungan Awam

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Perdana Menteri

Read more...

About This Blog

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia telah mewujudkan blog ini pada 25 Februari 2010. Blog ini membolehkan CGSO memberikan maklumat secara terus kepada pembaca secara online. Pengujudan blog ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik saluran penyampaian CGSO kepada rakyat, khususnya melalui Internet.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP